Saturday, 17 December 2016

Tempat menarik di Muar part 1, Dinosor

Assalamualaikum. Cuti sekolah 2016 bersambung di Muar pulaK. Bawak anak3 jumpa atok opah balik kpg seminggu.


Balik Muar kali ni, opah ajak cucu3 pergi tengok dinosor!! Haaaa jangan tak tau kat Muo pun ade dinosor!! hehehe


sebenarnye Zaza pun tak familiar sangat jalan area Muo ni. Lagi2 sebab dah banyak sangat jalan baru yang dibina. Tapi lokasi tempat dinosor ni betul-betul tepi jalan. Kalau dari Melaka nak ke Muar tu die belah kiri.


Kalau tengok dari luar, ingatkan dinosornya ade beberapa ketul je la. Sekali bila masuk ke dalam, tu diaaaa banyak lagi dinosor. Dah macam ladang dinosor!!. Actually tempat ni baru lagi. So masuk sini masih PERCUMA lagi. Parking kereta pun masih belum tar elok. Masih batu-batu.



Dinosor ni bukan setakat replika je la. Semuanya boleh bergerak. Bergerak mulut, ekor, tangan, lidah. Lepastu dinosor ni dibina sambil mengeluarkan bunyik. Korang bayangkanlah bila dengan dinosor bunyik kuat, ape reaksi anak3? Huhuhu. Bukan setakat panic, pegang tangan pun kemain kuat!!! Hehehe



Selain daripada dinosor, dekat sini ada jugak nursery, banyaklah pokok2 bunga ada kat sini. Dalam ni pulak ada jual souviner macam patung dinosor, tshirt, keychain yang korang boleh beli disini.



Kalau penat, ada jugak la jual air, aiskrim (memang kene beli sebelum keluar sebab cuaca panas masa ni) huhu



Anak3 happy la sebab ni pertama kali die orang dibawa tengok dinosor!! Hehehe. Ha masing-masing sempat pow opah dinosor sorang sekor. Huhu patung dinosor je la


berbaloi la pergi sini. Dengan TIADA bayaran lagi buat masa ni kan. kalau singgah Muar dari Melaka jangan lupa datang sini ye

FB : zaliza zaza
WhatsApp : 011 1504 6232

No comments: